KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 (Belanjawan 2026) di Dewan Rakyat kecoh selepas Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) didakwa menggunakan perkataan ‘sewel’ terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit dan memohon penjelasan merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36 (4) yang melarang penggunaan bahasa kurang sopan atau menyakitkan hati dalam perbahasan. Beliau bertanya sama ada Rosol benar-benar menyebut perkataan ‘kesewelannya’ semasa sesi perbahasan sebentar tadi. Menjawab tuduhan itu,…