Deklarasi Kuala Lumpur antara inisiatif ADMM

Deklarasi Kuala Lumpur antara inisiatif ADMM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan Deklarasi Bersama Kuala Lumpur kepada Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn pada Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN Ke-19, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. -UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Deklarasi Kuala Lumpur bagi Keselamatan dan Kemakmuran antara inisiatif baharu dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia turut membabitkan kenyataan bersama pelaksanaan Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) di bawah Pelan Strategik APSC 2045.

“Dokumen-dokumen ini menjadi bukti komitmen bersama kita terhadap ASEAN yang aman, stabil dan berpandangan jauh ke hadapan.

“Ini menunjukkan bahawa ADMM bukan sekadar forum formaliti tetapi satu komuniti yang dinamik dengan tujuan dan kemajuan sebenar,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup ADMM ke-19 di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kekuatan ASEAN bukan terletak pada kuasa atau dominasi tetapi pada perkongsian dan dialog.

Ujar beliau, kerjasama mengatasi persaingan dan perpaduan mengatasi perpecahan bagi mengekalkan kestabilan serantau dan menjamin masa depan.

“Kita mesti berpegang pada prinsip ini, ASEAN Didahulukan. Teruslah berfikir sebagai ASEAN, bertindak sebagai ASEAN, dan berkelakuan sebagai ASEAN kerana inilah rumah kita dan tanggungjawab bersama kita.

“Marilah kita terus membina jambatan kepercayaan antara angkatan tentera, institusi, dan rakyat. Keamanan tidak akan datang dengan sendiri. Ia mesti dibina, dilindungi, dan diperbaharui secara aktif, bersama sebagai satu keluarga ASEAN,” ujarnya.

Katanya, penganjuran ADMM tahun ini menyaksikan jumlah inisiatif tertinggi pernah dicapai dalam tempoh setahun.

ADMM ke-19 dan Mesyuarat (ADMM-PLUS) menerima pakai 20 inisiatif baharu dengan tumpuan utama ialah kepada kenyataan bersama mengenai kerjasama dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) sempena ADMM dan ADMM-PLUS yang membabitkan Amerika Syarikat, Jepun, China dan India.

Beberapa pencapaian penting lain turut diumumkan antaranya Penyertaan Timor-Leste yang pertama kali menyertai ADMM dan ADMM-Plus sebagai anggota ASEAN yang ke-11.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN