PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan pelaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) secara dalam talian atau hibrid kepada pelajar dan tenaga pengajar beragama Hindu di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sempena sambutan Deepavali. Kemudahan itu berkuat kuasa dari 16 hingga 24 Oktober ini melibatkan semua universiti awam (UA), politeknik dan kolej komuniti. KPT dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu bertujuan memberi ruang dan kemudahan kepada pelajar serta tenaga pengajar…