Cuaca panas dijangka berterusan sehingga awal November

Cuaca panas dijangka berterusan sehingga awal November

MOHD. HISHAM MOHD. ANIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cuaca panas dan kering yang melanda hampir seluruh negara dijangka berterusan sehingga awal November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, keadaan itu berpunca daripada pembentukan ribut tropika di barat Lautan Pasifik dan Laut China Selatan yang menjejaskan tiupan angin serta mengurangkan hujan di rantau ini.

“Suhu maksimum harian di beberapa kawasan boleh mencecah sehingga 36 darjah Celsius dalam tempoh tersebut, khususnya di kawasan pedalaman dan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, perkembangan ribut tropika sekitar Lautan Pasifik dan Laut China Selatan akan terus dipantau dari semasa ke semasa bagi menilai kesannya terhadap pola cuaca tempatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN