Budi95 dorong pesalah trafik jelaskan saman - Utusan Malaysia

Budi95 dorong pesalah trafik jelaskan saman

MUHAMMAD Kifli Ma Hassan (kiri) pada sidang akhbar berkaitan pemalsuan plat kenderaan di Stesen Penguatkuasaan JPJ Kalumpang, Hulu Selangor hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Pelaksanaan subsidi Budi Madani RON95 (Budi95) memberi kesan langsung terhadap pesalah trafik apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip saman sebanyak RM1.3 juta semalam.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, bayaran saman berjumlah RM1.3 juta itu merangkumi 8,300 penyelesaian saman melibatkan pesalah trafik seluruh negara.

“Bagi tempoh lapan bulan sehingga semalam, JPJ telah merekodkan kutipan saman keseluruhan sebanyak RM132 juta.

“Ini termasuk atas kesalahan memandu melebihi had laju yang direkodkan dibawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Stesen Penguatkuasa Kalumpang di sini hari ini.

Budi95 hanya layak kepada rakyat negara ini yang memiliki lesen memandu sah.

Tunggakan saman pula akan menyekat pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan membuatkan seseorang tidak layak menikmati subsidi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN