Bersatu tidak adil kepada kami - Wan Fayhsal 

Bersatu tidak adil kepada kami – Wan Fayhsal 

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses pengendalian disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa tidak dikendalikan dengan betul apabila dua anggota Lembaga Disiplin mempunyai konflik kepentingan dengan kepemimpinan parti.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, dua ahli di dalam lembaga itu dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dan profesional dengan kepemimpinan tertinggi parti. 

Malah katanya, pengadu juga tidak hadir sewaktu mereka dipanggil ke prosiding Lembaga Disiplin minggu lalu sekali gus ia tidak mengikuti prosedur.

“Adakah ini keadilan yang sebenar? Kami rasa ada sesuatu kurang baik sedang berlaku dalam parti kami ini.

“Saya dahulu pernah lalui benda sama dalam Dewan Rakyat selama enam bulan. Perkara yang sama juga sedang berlaku dalam Bersatu. 

“Malah, proses keadilan itu tidak berjalan sama sekali buat masa ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Parlimen, di sini hari ini. 

Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan keahlian Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai ahli parti berkuatkuasa serta merta, sementara, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang digantung keahlian selama satu penggal.

Tindakan tersebut dibuat ekoran pelanggaran Perlembagaan dan Tatakelakuan ahli parti, berdasarkan Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu, yang mewajibkan ahli mematuhi perlembagaan parti, kod etika dan tatakelakuan. 

Wan Ahmad Fayhsal berkata, pertuduhan yang dihadapi oleh dirinya sangat berbeza dengan Wan Saiful dan beliau memilih untuk tidak menceritakan perkara itu di khalayak awam. 

“Sebab ini adalah isu dalaman. Benda ini tidak diuar-uarkan pun dalam media sosial atau media arus perdana. Namun, ia menjadi besar apabila melibatkan individu berkepentingan dalam parti yang mahu tindakan diambil.

“Sebenarnya sudah lama, cuma akhir-akhir ini agaknya mereka mungkin mahukan benda ini diselesaikan. Jadi, sebab apa yang berlaku pada kami semalam adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×