BUTTERWORTH: Seorang buruh binaan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memberikan maklumat palsu semasa membuat permohonan kad pengenalan atau MyKad untuk seorang kanak-kanak kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun lalu. Choo Kean Chee, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Hokkien di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda…










