PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan defisit fiskal negara menjelang pembentangan Belanjawan 2026, Jumaat ini. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu dibuat meskipun berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi global dan ketegangan perdagangan antarabangsa yang memberi kesan langsung kepada ekonomi terbuka seperti Malaysia. Katanya, ekonomi dunia kini turut terjejas akibat cukai tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) selain ketidaktentuan pasaran global yang boleh…