PETALING JAYA: Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru, Johor mengalami gangguan bekalan elektrik petang ini susulan insiden melibatkan Stesen Penjana Bebas Edra Power Plant di Melaka. Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan, gangguan berpunca daripada pelantikan (tripping) di loji berkenaan, sekali gus memberi kesan kepada bekalan elektrik ke kawasan terlibat. Menurut TNB, pasukan teknikal syarikat sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan secara berperingkat untuk memastikan semua pengguna yang…