PONTIAN: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan antara mangsa banjir selepas kediaman keluarganya di Kampung Seri Menanti dinaiki air setinggi kira-kira satu meter secara mendadak awal pagi tadi. Bayi tersebut, Arif Hakimi bersama ibu bapanya, Noratikah Hairolnizam, 24, dan Putera Mohd. Amirul Haikal, 25, terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas air mula melimpah masuk ke rumah sekitar jam 6 pagi, sejurus selesai solat Subuh. Menurut Noratikah yang bekerja…