KUALA LUMPUR : Kementerian Perladangan dan Komoditi memberi tumpuan utama kepada usaha membantu pekebun kecil melaksanakan tanaman semula pokok kelapa sawit yang berusia antara 24 hingga 25 tahun. Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu amat penting bagi memastikan pengeluaran hasil dan pendapatan eksport negara tidak merosot akibat pokok sawit tua yang semakin kurang produktif. “Bila pokok sawit dah mencecah umur 24 atau 25 tahun, hasilnya semakin berkurang.…