SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung video intim yang mengaitkan dirinya pada 2019. Setiausaha Agung Bersatu itu berkata, Wan Saiful dilihat gagal bersandarkan ilmu dan fakta apabila mengeluarkan kenyataan fitnah dalam sidang akhbar, kelmarin. Beliau menyifatkan pihak tersebut bergelumang dengan fitnah apabila sanggup membangkit semula tuduhan yang tidak munasabah itu. “Mereka…