10 ADUN Bersatu Selangor desak Wan Saiful dipecat segera

10 ADUN Bersatu Selangor desak Wan Saiful dipecat segera

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Ne­ge­ri (ADUN) Selangor dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak lembaga disiplin memecat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Mereka dalam kenyataan bersama berkata, tindakan ter­sebut adalah untuk menjaga disiplin, integriti dan maruah perjuangan parti yang dalam masa sama memelihara keyakinan rakyat dalam memastikan parti kekal utuh dan dihormati.

“Kami, sepuluh ADUN Se­la­­ngor, memandang serius kenya­taan dan sidang media yang dibuat oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful; Ke­tua Bersatu Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Ghazali, Ketua Bersatu Bahagian Ampang, Isa Saidi dan Ketua Bersatu Bahagian Ipoh Timur, Muhd. Fadhli Ismail, kelmarin.

“Kenyataan tersebut jelas tidak bertanggungjawab dan memperlihatkan usaha ter­desak untuk mengalih perhatian daripada kegagalan kom­plot jahat mereka sendiri, termasuk percubaan menjatuhkan Presiden melalui gerakan akuan bersumpah (SD) yang nyata tidak mendapat sambutan,” kata ke­nyataan itu semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Mohamed Azmin didakwa mengugut beberapa ketua bahagian parti itu supaya menarik balik daripada menandatangani akuan bersumpah (SD) menjatuhkan Presiden Bersatu.

Wan Saiful yang mendedahkan perkara itu mendakwa, ugutan tersebut dibuat terhadap Ketua Bahagian Bersatu Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali dan Ke­tua Bahagian Bersatu Puchong, Shukor Mustafa ketika kedua-duanya dipanggil bertemu Mohamed Azmin.

Katanya, pertemuan itu berlaku pada Selasa, 19 Ogos 2025 lalu di ibu pejabat Bersatu yang turut dihadiri beberapa Ketua-Ketua Bahagian yang lain

Bagaimanapun, kata kenya­taan sama, tindakan dilakukan oleh pemimpin tersebut diibaratkan sebagai ‘musuh dalam selimut’ yang bersekongkol dengan musuh berhubung kenyataan mengaitkan Mohamed Azmin dengan skandal video tular di Sandakan, Sabah lebih lima tahun lalu.

“Kami mengecam keras fitnah jijik yang diulang terhadap Mohamed Azmin sedangkan kes tersebut sudah pun pun disiasat oleh polis secara mendalam lebih daripada lapan bulan lamanya.

”Pada 9 Januari 2020, Peguam Negara ketika itu mengesahkan selepas meneliti semua bukti dan keterangan, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan tiada kes untuk pertuduhan.

“Syor itu diterima oleh Peguam Negara dan memutuskan tiada sebarang pendakwaan dibuat. Hakikatnya, Wan Saiful dan dalang usaha terancang ini sedang memutar belit fakta dan cuba mengubah naratif setelah komplot yang mereka rancang gagal. Penipuan tidak boleh ditutup dengan siri penipuan baru,” tegasnya.

Kesemua ADUN itu justeru turut menggesa perhatian diberi kepada siasatan terhadap Wan Saiful yang juga berdepan pendakwaan di mahkamah atas pertuduhan menggelapkan jutaan wang ringgit.

“Pendakwaan inimembuktikan bahawa pihak berkuasa mempunyai asas kukuh dan beliau wajar menjawab pertuduhan tersebut di muka pengadilan, bukannya menyerang pihak lain dengan tuduhan ti­dak berasas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN