ASEAN: 102 sekolah KL, Selangor laksana PdPR dan BDR - Utusan Malaysia

ASEAN: 102 sekolah KL, Selangor laksana PdPR dan BDR

GAMBAR HIASAN – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 102 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan Bekerja Dari Rumah (BDR) pada 23 Oktober hingga 29 Oktober ini bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, kebenaran itu mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Katanya, Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di semua sekolah terlibat tidak terjejas.

“Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR dan BDR.

“Pengalaman melaksanakan PdPR dan BDR sewaktu pandemik serta semasa penganjuran Sidang ASEAN pada bulan Mei lalu dapat
memastikan kelangsungan proses pembelajaran,” katanya hari ini.

Pada waktu sama, KPM berkata, aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN