801 warga asing didakwa, kompaun cecah RM10 juta 

801 warga asing didakwa, kompaun cecah RM10 juta 

SEBAHAGIAN warga asing yang berdepan 845 pertuduhan atas pelbagai kesalahan imigresen selepas tindakan penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bagi tempoh Januari hingga 30 Jun lalu. IHSAN PEJABAT JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (JIM) KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 801 warga asing berdepan 845 pertuduhan atas pelbagai kesalahan imigresen selepas tindakan penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bagi tempoh Januari hingga 30 Jun lalu.

Pengarahnya, Hamsha Injau berkata, kesalahan mengikut Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal melebihi masa dibenarkan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 556 pertuduhan.

Menurutnya, Jabatan Imigresen juga mengutip kompaun sebanyak RM10.04 juta membabitkan pelbagai kesalahan sehingga sehingga 30 Jun lalu. 

 “Tindakan penguatkuasaan akan dibuat secara berterusan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen. 

“Ia termasuk majikan, pemilik premis dan individu yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya pada sidang media di Pejabat JIM Kuala Lumpur, di sini hari ini. 

Katanya, semua warga asing berstatus pendatang tanpa izin diseru supaya menyertai Program Repatriasi Migran (PRM) 2.0 yang sedang berlangsung sehingga 31 Mei 2027.

Sehubungan itu, orang ramai diseru supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan pelanggaran imigresen melalui saluran rasmi JIM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN