Amanah sah tandingi Sulabayan, runding satu lagi kerusi

Amanah sah tandingi Sulabayan, runding satu lagi kerusi

MOHD. SANY HAMZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mengesahkan menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17

Pengarah Pilihan Raya parti itu. Mohd. Sany Hamzan berkata, beliau optimis calon yang akan mewakili parti akan mendapat sokongan daripada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Jelas beliau, perkara tersebut telah dibincang bersama dengan pihak kepemimpinan sebelum kerusi DUN Sulabayan itu diserahkan secara sah kepada Amanah bagi mewakili Pakatan Harapan (PH).

“Setakat hari ini kami sah mendapat satu kerusi iaitu di DUN Sulabayan. Kalau hendak bercakap tentang isu undi sabotaj dan meng­anggap Amanah ini parti luar, itu tidak betul.

“Kepemimpinan Amanah ini adalah anak jati negeri Sabah dan calon yang kami akan letakkan adalah anak jati Semporna.

“Kalau ada kenyataan nakal daripada mana-mana pihak, itu pada saya ia cuba untuk menggugat keupayaan Amanah untuk letakkan calon bertanding di kawasan tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sebelum ini, akhbar ini me­laporkan Amanah hanya mendapat satu kerusi untuk ditandingi pada PRN Sabah ke-17 akan datang iaitu di DUN Sulabayan.

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda GRS Sulabayan, Azlan Hisham berkata, GRS perlu mengekalkan calon tempatan untuk bertanding di kerusi DUN Sulabayan bukan menyerahkan kerusi tersebut kepada pihak luar seperti Amanah.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Sany turut berkata, Ama­nah kini kini sedang berusaha mendapatkan satu lagi kerusi untuk bertanding PRN Sabah.

“Setakat hari ini, Amanah memang hanya dapat satu kerusi, satu lagi kerusi masih dalam pro­ses rundingan sama ada di mana-mana DUN dalam Parlimen Batu Sapi, Sepitang dan dalam Kota Kinabalu sendiri.

“Kalau hendak kata cukup itu memang tidaklah sebenarnya, tetapi gabungan PH, BN dan GRS ini membuatkan kek itu semakin mengecil, jadi apa yang penting pada kita adalah menang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN