PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan perlu meneliti secara menyeluruh segala cadangan untuk memperkukuh sistem pendidikan termasuk mengembalikan semula hukuman fizikal di sekolah sebelum membuat sebarang keputusan. Presiden Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau berkata, malah pelaksanaan semula bentuk hukuman tersebut juga perlu dinilai daripada segi keberkesanan serta kesesuaian dengan konteks pendidikan masa kini. Katanya, Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959 membenarkan pengetua memberi kuasa kepada guru untuk menjalankan hukuman fizikal…