PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bersidang di Istana Kehakiman di sini menetapkan 26 Disember ini untuk keputusan di akhir kes pembelaan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh tersebut selepas peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon masa tambahan untuk menyelesaikan hujahannya. “Saya tahu hujahan ini akan berlanjutan pada 4…

 
								 
											









