KUBANG PASU: Belum sempat mengenakan jubah konvokesyen pada bulan depan, seramai 18 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini sudah menerima tawaran kerja dengan gaji permulaan sebanyak RM4,200 sebulan. Kesemua mereka adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi yang merupakan peserta program Elite Management Trainee (EMT). Program hasil kerjasama strategik antara Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan…