KUALA LUMPUR: Seramai 1,111 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ditugaskan bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang Mesyuarat Kepengerusian ASEAN Ke-47 yang akan berlangsung di ibu negara bermula 26 hingga 28 Oktober ini. Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penugasan melibatkan 91 pegawai kanan polis dan 1,020 anggota membabitkan pelbagai penugasan antaranya tugas kawalan lalu lintas, pengiringan kenamaan serta penguatkuasaan undang-undang jalan…