KOTA KINABALU: Sehari sebelum pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir ditemukan terlentang dan tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu, salah seorang pengawal keselamatan telah menerima aduan mengenai kecurian wang. Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang menjaga asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar berkata, dia telah menerima aduan itu ketika meronda di Blok A, Rabiatul Adawiyah. Dia yang merupakan saksi pendakwaan keenam inkues kematian Zara…