KOTA KINABALU: Pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir boleh dicampak dari tingkat tiga asrama walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bagaimanapun, pakar patologi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu berkata, remaja terbabit perlu dipegang dalam keadaan tegak (kaki ke bawah) dan tangan yang memegang badan Zara Qairina perlu diluruskan (stretch out) bagi melepasi tembok penghadang sebelum menjatuhkan gadis itu. Keadaan itu perlu dilakukan agar kesan kecederaan yang akan wujud selepas…