KOTA KINABALU: Saksi kanak-kanak kedua memberitahu Mahkamah Koroner bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir telah ditahan dan dikepung di satu sudut dorm, beberapa jam sebelum remaja terbabit ditemukan dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri. Dalam kejadian itu, beberapa pelajar yang menyoal siasat Zara Qairina berhubung insiden kecurian di asrama terbabit turut mentertawakannya selepas mengetahui hasratnya untuk menjadi Badar (Badan Dakwah dan Kerohanian). Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Rizwandean M. Borhan…










