PETALING JAYA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berpegang teguh dengan pendirian bahawa laluan matrikulasi merupakan salah satu saluran yang terbukti berkesan dalam proses penyuburan laluan pendidikan tinggi dalam negara. Perkara ini telah direalisasikan berkesan lebih daripada berdekad lamanya sebagai salah satu laluan elit di samping laluan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Program Asasi yang sah dan setara serta bermutu dalam menyediakan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah…