JOHOR BAHRU: Tujuh ‘scammer’ warga China didenda RM5,000 masing-masing oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini terhadap pertuduhan melakukan penipuan kripto melibatkan mangsa warga Vietnam di Iskandar Puteri, dekat sini, bulan lalu. Kesemua tertuduh, Tan Wei Wei, 35; Xu Laiwu, 37; Ren Zilong, 25; Li Jiang, 31; Huang Yaolin, 27; Li Libo, 25, dan Chen Hui, 31, dijatuhkan hukuman tersebut apabila mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin…