PASIR PUTEH: Tukang karut hebat, Tuan Kob Raja Saring atau Tuan Yacob Tuan Ismail sempat membuat persembahan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-68 kelmarin sebelum menghembuskan nafas terakhir. Anak sulungnya Tuan Suharmila berkata, ayahnya berusia 69 tahun meninggal dunia pada pukul 6 pagi di rumahnya di Kampung Pintu Pupoh di sini semalam selepas mengalami sesak nafas. Katanya, sebelum itu arwah ayah batuk pada pukul 4 pagi dan mengalami sesak…