PETALING JAYA: Transaksi Budi Madani RON95 (BUDI95) mencecah RM43.7 juta dengan pembelian petrol sebanyak 21.8 juta liter di semua stesen minyak di seluruh negara setakat pukul 7 semalam. Jumlah itu direkodkan membabitkan hampir 912,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah melakukan transaksi sejak Sabtu lalu. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, inisiatif BUDI95 dengan harga…