Tiga lelaki dicekup seludup rokok

Tiga lelaki dicekup seludup rokok

SEBAHAGIAN daripada rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di Ayer Baloi, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Cubaan menyeludup rokok bernilai RM225,600 digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam serbuan di sebuah jeti berhampiran Sungai Sanglang, Jalan Tebing Kiri, Ayer Baloi, Pontian awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam operasi kira-kira pukul 4 pagi itu, tiga individu berusia 19 hingga 69 tahun ditahan.

Beliau berkata, sepasukan pegawai polis dari Unit Risik Marin bersama Bot Ronda RH71 melakukan intipan serta pemantauan sebelum menyerbu lokasi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil serbuan, polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan serta menemui sejumlah bungkusan berwarna hitam berisi rokok tidak berkastam yang diletakkan di tepi jeti.

“Pemeriksaan lanjut terhadap sebuah kereta turut menemui beberapa bungkusan rokok tidak berkastam di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, belakang dan di dalam but kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini