SEREMBAN: Tiga individu termasuk sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan dengan senjata dan memiliki harta samun jongkong emas pada Ogos lalu. Tertuduh, Muhammad Redzuan Muhammad Khairul Anuar, 25, dan kekasihnya T.S Pretty, 26, serta rakan G.Thanthiran, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Surita Budin. Mengikut pertuduhan, Muhammad Redzuan dan Thanthiran…