Tiada pertembungan antara Pemuda Pas Pusat, Selangor

Tiada pertembungan antara Pemuda Pas Pusat, Selangor

Abdul Basith Abdul Halim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: “Jangan usik Ketua Pemuda Negeri kami! Jangan usik Ketua Pemuda Pusat kami! 

Demikian penegasan perwakilan Pemuda Pas Selangor, Abdul Basith Abdul Halim ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda Pas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-66 di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini. 

Abdul Basith berkata, tidak berlaku sebarang pertembungan mahupun perselisihan faham di peringkat negeri dan Pusat dalam sayap parti itu seperti digembar-gemburkan sebelum ini ekoran pencalonan Ketua Pemuda Selangor dalam pemilihan kali ini. 

“Pemuda Pas di peringkat negeri dan Pusat kena satukan saf kalau ada salah faham letak tepi. Contoh ada yang berkata tentang pertembungan antara Ketua Pemuda Pas negeri dan Pusat. 

“Kami semua fokus untuk memenangkan parti dalam pilihan raya umum (PRU) nanti termasuk di Selangor insya-Allah salah satunya. Kami, Pemuda Pas Selangor ingin menjayakan ini 100 peratus,” katanya. 

Sebelum ini Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar dicalonkan sebagai Ketua Pemuda Pusat untuk berlawan dengan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang juga penyandang. 

Mohamed Sukri kemudian menolak pencalonan tersebut yang menjadikan Afnan Hamimi menang tanpa bertanding. 

Malah, Mohamed Sukri turut menolak pencalonan merebut jawatan ahli jawatankuasa kerja (AJK) bagi memberi ruang kepada pemimpin baharu. 

Tambah Abdul Basith, semua Pemuda Pas perlu mendekati anak muda dengan dakwah yang jelas terutama dalam menangani isu semasa yang melanda negara ketika ini. 

“Cabaran kita adalah membuka peluang untuk mendekati anak muda dengan dakwah segar dan menjadi benteng memperingati mereka tentang isu dalam negara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN