ALOR SETAR: “Jangan usik Ketua Pemuda Negeri kami! Jangan usik Ketua Pemuda Pusat kami! Demikian penegasan perwakilan Pemuda Pas Selangor, Abdul Basith Abdul Halim ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda Pas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-66 di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini. Abdul Basith berkata, tidak berlaku sebarang pertembungan mahupun perselisihan faham di peringkat negeri dan Pusat dalam sayap parti itu seperti digembar-gemburkan sebelum ini ekoran pencalonan Ketua…