Teater Sungai Mengalir Lesu angkat tema keperitan masyarakat

Teater Sungai Mengalir Lesu angkat tema keperitan masyarakat Perang Dunia Kedua

AKMAL AHMAD dan NESU Idrus dalam pementasan teater Sungai Mengalir Lesu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pementasan teater Sungai Mengalir Lesu (SML) yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Sasterawan Negara (SN) Datuk Seri A Samad Said mengisahkan kehidupan masyarakat pelbagai kaum yang hidup di Singapura semasa zaman pemerintahan tentera Jepun.

Novel tersebut diangkat ke pentas teater bagi kali kedua pada 1 hingga 4 Oktober ini di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Novel tersebut dianggap antara karya terbaik A. Samad Said selepas Salina, dan pemilihannya untuk dipentaskan kali ini bertepatan dengan nilai MADANI yang menekankan perpaduan dan kemanusiaan.

Menurut pengarahnya Aris Othman, pada kali ini, karya tersebut ini diberikan nafas baharu dengan penampilan watak utama serta penambahan plot yang memperkaya peranan watak-watak sampingan. 

ARIS OTHMAN

 

Masyarakat dalam SML ialah masyarakat berbilang bangsa tetapi menghadapi masalah yang sama. Pastinya ada yang terpaksa menjadi jahat namun itu bukan kehendak mereka, tetapi disebabkan keadaan yang memaksa.

Menurut beliau, seramai 28 pelakon atau 40 tenaga produksi terlibat dalam pementasan kali ini 

Teater SML pernah dipentaskan pada tahun 1997. 

Menurut Aris, barisan pelakon dan tenaga kreatif pementasan teater berkenaan terdiri daripada pelakon profesional dan kru berpengalaman dalam teater. 

Pemilihan mereka dibuat melalui uji bakat dan penilaian berdasarkan kesesuaian watak serta kebolehan lakonan. 

“Cabaran utama bagi saya pada pementasan kali ini adalah penilaian masyarakat yang akan membandingkan pementasan pertama sebelum ini dengan yang terbaharu.

Beliau juga mengakui penggunaan pelakon yang tidak mempunyai nama besar dalam industri seni lakon sebagai satu lagi cabaran terutama bagi menarik penonton.

Antara pelakon pada kali ini adalah Akmal Ahmad dan Nesa Idrus yang membawa watakat Tuminah . Tuminah antara watak yang mencerminkan kehidupan masyarakat di Singapura yang  bergelut dengan kesempitan hidup dan terpaksa melakukan apa sahaja bagi untuk menampung kehidupan

Nesa yang memegang watak Tuminah berkata membawa watak Tuminah bukan mudah kerana perlu menjiwai perasaan tertekan dan melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup meskipun menggadai maruah diri.

Malah ada dialog yang dipetik daripada novel berkenaan yang diungkap oleh Tuminah berbunyi : “Kerana setin susu, saya sanggup menggantikan dengan (aset) tubuh saya.”

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengangkat karya besar daripada lubuk sastera negara kerana nilai karya tersebut dan menjadi tanggungjawab DBP dan PNM untuk terus melestarikan karya unggul sastera negara. 

Hingga kini, DBP telah mementaskan tiga buah drama adaptasi daripada karya sastera A. Samad Said, iaitu Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Al-Amin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN