Tapir mati dipercayai makan racun

Tapir mati dipercayai makan racun

Bangkai seekor tapir yang ditemukan oleh penduduk di Kampung Putu, Lipis,Pahang. - IHSAN JKPP PUTU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS : Seekor tapir ditemukan mati di bawah pokok buah-buahan dipercayai termakan racun di Kampung Putu, dekat sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Putu, Shafi’e Ibrahim berkata, bangkai tapir itu dijumpai di bawah pokok dalam kampung itu oleh seorang penduduk ketika pulang bekerja pada pukul 7.30 petang.

“Terdapat cairan darah keluar dari duburnya. Saya menghubungi kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Lipis dan kemudiannya datang untuk menyiasat punca kematian haiwan liar ini kira-kira pukul 12 tengah hari ini,” katannya hari in.

Menurut Shafi’e, punca kematian tapir berkenaan dipercayai termakan racun dan tidak mahu mengulas kerana masih dalam siasatan Perhilitan termasuk bangkai haiwan liar itu telah dipindahkan ke tempat lain oleh kaki tangan pihak berkuasa tersebut.

Katanya, kelmarin kali terakhir dia menemui tapir itu berkeliaran di kawasan kampung mencari makanan seperti buah jambu, buah ciku dan buah bacang yang gugur ke tanah tanpa menghiraukan manusia di sekelilingnya.

“Haiwan liar ini dipercayai anak kepada seekor tapir dewasa yang sebelum ini kerap berkeliaran di dan telahpun ditangkap oleh Perhilitan untuk dipindahkan ke habitat asal.

“Sememangnya tapir ini sangat jinak seperti ternakan lembu dan kambing menjadi perhatian terutamanya kanak-kanak sewaktu berkeliaran mencari makanan berdekatan rumah penduduk tidak pernah mengancam keselamatan manusia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN