Tak mungkin Zara Qairina terjatuh atau ditolak - Pakar patologi 

Tak mungkin Zara Qairina terjatuh atau ditolak – Pakar patologi 

PAKAR patologi forensik, Dr. Jessie Hiu menjadi saksi pertama inkues kematian Zara Qairina bermula Rabu lalu. - IHSAN SABAH MEDIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari kedudukan berdiri di lokasi kejadian sehingga menyebabkan kematiannya.

Pakar patologi forensik, Dr. Jessie Hiu mendedahkan, dapatan itu diperoleh selepas pihaknya meneliti rekod perubatan termasuk radiograf, laporan imbasan CT dan CTA serta menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian. 

Beliau berkata, dirinya diminta untuk memberikan pendapat profesional mengenai kecederaan antemortem (sebelum kematian) yang dialami oleh Zara. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan pemeriksaan di asrama si mati, ukuran dari lantai ke rel besi melintang paling atas yang dipasang pada tembok konkrit di tingkat tiga ialah 118 sentimeter (cm).

“Saya dimaklumkan ketinggian antemortem si mati ialah 154 cm. Perbezaan antara ketinggian si mati dengan rel besi melintang paling atas ialah 36 cm.

“Ketinggian rel besi itu adalah lebih daripada tiga perempat ketinggian si mati dan berkemungkinan berada di atas pusat gravitinya,” katanya ketika membacakan kenyataan bertulis saksi setebal lima muka surat di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Katanya, dapatan itu hasiL siasatan di lokasi kejadian yang dijalankan pada pukul 12.30 tengah hari, 2 Ogos lalu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×