SEMPORNA: Hanya disebabkan gagal mendapatkan maklum balas untuk menukar tempat duduk dalam kapal terbang, sepasang pelancong warga China bertindak menghantar e-mel palsu mendakwa terdapat bom dalam pesawat milik sebuah syarikat penerbangan. Pada mulanya, suspek lelaki berusia 29 tahun dan isterinya 28 tahun itu menghubungi ejen pelancongan bagi menukar tempat duduk, namun tidak menerima sebarang maklum balas. Akibat berang, suspek bertindak menghantar e-mel kepada ibu pejabat syarikat penerbangan di Kuala Lumpur…