PORT DICKSON: Pengusaha stesen minyak di daerah ini mengambil inisiatif menyediakan kaunter khas bagi melancarkan proses penebusan subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95). Pengusaha stesen minyak Shell Sunggala, Rusiah Ahmad, 53, berkata, pada masa yang sama, orang ramai dinasihat untuk memastikan cip MyKad mereka untuk berada dalam keadaan baik. “Untuk hari ini, rata-rata anggota keselamatan teruja menunjukkan kad tentera serta polis mereka untuk dimasukkan ke dalam mesin yang akan memaparkan…