PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan sepenuhnya kepada polis berhubung tangkapan melibatkan seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya ini kerana terlibat dadah. SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum penahanan membabitkan pegawai yang baharu melaporkan diri pada minggu lalu untuk bertugas di Suruhanjaya ini. Katanya, pegawai tersebut telah ditahan oleh pihak polis di rumahnya pada semalam. “Pemeriksaan dijalankan turut menemui bahan terlarang disyaki dadah,”katanya. Kata kenyataan itu,…









