KUALA LUMPUR: Hubungan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) kini ibarat pasangan suami isteri bercerai tetapi masih duduk serumah setelah kerjasama politik kedua-dua parti itu tamat serta-merta. Perkembangan ini menimbulkan persoalan dalam kalangan parti komponen PN seperti Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) mengenai hala tuju gabungan itu selepas berlaku perubahan kuasa antara Pas dan Bersatu. Meskipun wujud pandangan berbeza…









