KUALA LUMPUR: Akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani oleh 120 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diyakini tujuannya untuk memperkukuhkan kedudukan parti serta gabungan Perikatan Nasional (PN). Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, SD tersebut tidak boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk melemahkan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ia tidak wajar dilihat secara negatif. “Saya tidak nampak SD tersebut. Tetapi saya pasti ia hanya dibuat dengan niat…










