'Saya belum terima surat rayuan Khairy Jamaluddin'

‘Saya belum terima surat rayuan Khairy Jamaluddin’

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan belum menerima surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung pemecatannya daripada parti itu.

“Belum, saya belum terima lagi,” katanya ringkas ketika ditemui pada sesi Dialog Belanjawan 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaaan kononnya Khairy menghantar surat rayuan kepada UMNO berhubung pemecatannya daripada parti itu hari ini.

Difahamkan, surat rayuan berkenaan diserahkan pegawainya kepada UMNO, hari ini.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dipecat keahliannya daripada parti itu tahun 2023.

Media sebelum ini melaporkan, Khairy sedia mempertimbangkan tawaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk membantu memudahkannya kembali ke pangkuan parti.

Sebelum itu, Akmal juga dilaporkan berkata, beliau sedia menjadi jambatan untuk membawa pemimpin UMNO digantung dan dipecat UMNO termasuk Khairy, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Shahril Hamdan kembali ke pangkuan parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN