PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) yakin berperanan sebagai wadah politik masa depan yang menolak politik ekstrem dan perkauman sempit, sebaliknya mengangkat nilai rahmah, keadilan serta kemanusiaan. Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, sejak ditubuhkan sedekad lalu, Amanah membuktikan ia bukan sekadar parti kecil, malah membawa suara dan harapan besar kepada rakyat Malaysia. “Hari ini kita perlu berani menyatakan Amanah ialah parti dan wadah hari ini untuk masa depan.…