SARA: Stok bekalan dijamin mencukupi

SARA: Stok bekalan dijamin mencukupi

ORANG ramai berbelanja memanfaatkan bantuan SARA di Mydin Subang Jaya, Selangor. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan keperluan asas bagi pembelian kredit menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah mencukupi.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini, tiada isu berkaitan masalah bekalan dilaporkan oleh mana-mana pihak.

“Ketika ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak ada memaklumkan sebarang masalah berkait dengan bekalan.

“Pemantauan akan ditingkatkan untuk pastikan tidak berlaku apa-apa isu dari segi stok ataupun bekalan bagi barang-barang keperluan asas,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Fahmi berkata, pihak KPDN dan juga pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pasti akan memastikan stok bekalan ayam, telur dan sebagainya adalah mencukupi.

Dalam pada itu, katanya, setakat tengah malam tadi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
memaklumkan sebanyak RM192.5 juta sudah ditebus.

“Kerajaan menjangkakan lebih ramai rakyat akan keluar untuk menebus RM100 yang diberikan kepada warganegara berusia 18 tahun ke atas pada minggu ini,” katanya.

Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini telah meningkatkan kapasiti transaksi SARA kepada 15,000 transaksi sekali guna berbanding 5,000 dalam pelayan (server) MyKasih bagi menghadapi cuti hujung minggu yang panjang ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dilaporkan berkata, langkah itu bagi memastikan pengguna tidak lagi terjejas dengan kelewatan hingga terpaksa meninggalkan barangan serta troli pembelian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN