PETALING JAYA: Sebanyak RM110 juta transaksi Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dicatatkan dalam tempoh dua hari pelaksanaannya bermula semalam. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, jumlah tersebut dicatatkan setakat pukul 9.30 malam tadi dengan melibatkan lebih 900,000 rakyat berbelanja. “Secara keseluruhan, lebih 1.7 juta penerima berjaya berbelanja dalam tempoh dua hari, dengan nilai jualan mencecah RM110 juta di seluruh negara,” menurut kenyataan itu, malam tadi. Menurutnya, peningkatan kapasiti sistem yang…










