Sambut Hari Malaysia dengan wayang pacak

Sambut Hari Malaysia dengan wayang pacak

PARA pengunjung BG Kaffe menjamu selera sambil menonton wayang pacak anjuran Komuniti Madani Ampang sempena sambutan Hari Malaysia di Ipoh, Perak. - UTUSAN/ZABRY MOHAMAD MADZLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sempena sambutan Hari Malaysia, Komuniti Madani Ampang menganjurkan tayangan filem berunsurkan perpaduan masyarakat berbilang kaum menerusi wayang pacak.

Pengerusinya, Ahmad Nazrin Shah Abd. Rahman berkata, pihaknya menayangkan Man Laksa arahan Allahyarham Mohamad Mohd. Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid kerana nilai-nilai yang ada dalam filem tersebut sangat relevan dengan situasi negara masa kini.

“Karya Allahyarham memang sentiasa relevan. Intipati yang diterjemah dalam filem Man Laksa sesuai dengan situasi semasa.

“Nilai perpaduan penduduk kampung yang diceritakan kena dengan kehendak dan keperluan untuk dihayati sempena sambutan Hari Malaysia,” katanya kepadaselepas Program Jiwa Komuniti Madani: Lepak Santai Wayang Pacak di BG Kaffe di sini, malam kelmarin.

BG Kaffe merupakan kafe angkat Jabatan Penerangan Negeri Perak.

Program yang dihadiri penduduk setempat pelbagai kaum itu turut mendapat kerjasama Jabatan Penerangan Negeri, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Seri Ampang.

Sebelum tayangan filem bermula, para penonton menyanyikan Negaraku dan Jalur Gemilang.

Turut diadakan adalah permainan tradisional congkak, batu seremban dan colek lidi.

Ahmad Nazrin Shah menambah, program sama akan diadakan pada sambutan perayaan Deepavali.

“Pada November depan kami akan buat lagi wayang pacak dengan tayangan filem berunsurkan Deepavali pula.

“KiAMI akan jemput komuniti India untuk sama-sama memeriahkan program ini nanti,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN