Sabah batal sambut Hari Malaysia

Sabah batal sambut Hari Malaysia

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah yang dijadual berlangsung esok di Padang Merdeka, Kota Kinabalu dibatalkan, susulan bencana besar yang melanda negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hujan berterusan menjejaskan sekurang-kurangnya tujuh daerah dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman hari ini.

“Keutamaan segera kerajaan negeri adalah untuk mengurus krisis, menyelaras usaha pemulihan dan memastikan operasi menyelamat dilaksanakan dengan pantas bagi komuniti yang terjejas.

“Dalam waktu sukar ini, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat adalah paling utama. Segala fokus dan sumber mesti ditumpukan kepada mereka yang terkesan,” katanya dalam kenyataan.

Hajiji turut mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya dan bersiap sedia untuk tindakan segera memandangkan keadaan di lapangan terus berubah, susulan cuaca buruk berpanjangan.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengersikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, kini mengadakan mesyuarat untuk memantau perkembangan dan menyelaras tindakan segera di daerah-daerah terlibat,” katanya.

Hajiji meminta orang ramai supaya terus berwaspada, mematuhi nasihat keselamatan serta memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyelamat ketika usaha sedang dipertingkatkan di seluruh negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN