PETALING JAYA: Insiden rusuhan dan ketidaktentuan politik lazimnya memberi kesan negatif yang ketara terhadap sektor pelancongan serta aliran pelaburan asing sekali gus menjejaskan keyakinan pelancong dan pelabur terhadap keselamatan serta kestabilan ekonomi sesebuah negara. Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, keadaan tidak stabil akan menimbulkan kebimbangan keselamatan dalam kalangan pelancong antarabangsa sehingga membawa kepada pembatalan lawatan. Katanya, situasi itu turut…










