Rusuhan: KPT pertimbang bawa pulang pelajar Malaysia di Indonesia jika keadaan meruncing

Rusuhan: KPT pertimbang bawa pulang pelajar Malaysia di Indonesia jika keadaan meruncing

ZAMBRY Abd. Kadir melawat reruai digital yang dihasilkan pelajar institut pengajian tinggi pada Program DICE 3.0 di Pusat Konvensyen Persada Johor, Johor Bahru, Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbang untuk mengambil langkah membawa pulang mahasiswa Malaysia di Indonesia sekiranya situasi rusuhan di republik itu semakin meruncing.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bagaimanapun buat masa ini, keadaan demonstrasi di Indonesia itu masih terkawal dan stabil.

Katanya, pihaknya bersama Kementerian Luar mengikuti perkembangan terkini dan maklum balas keadaan di negara itu daripada wakil Malaysia iaitu Education Malaysia Indonesia (EMI).

“Jadi, kalau keadaan (rusuhan di Indonesia) meruncing, maka sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk mengambil langkah-langkah proaktif.

“Malah, pada ketika ini pun sebenarnya kami membuat pemantauan dan bekerjasama dengan Kementerian Luar bagi memastikan sebarang kejadian yang mungkin akan memudaratkan pelajar-pelajar kita, maka langkah-langkah segera akan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutupan Program Digital Innovation Creativepreneur 3.0 (DICE 3.0) di Pusat Konvensyen Persada Johor, di sini hari ini.

Menurut Zambry, ketika ini terdapat lebih 1,200 pelajar Malaysia yang sedang belajar di seluruh Indonesia.

Katanya, KPT akan terus memantau secara dekat situasi di Indonesia sebelum mengambil sebarang tindakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN