‘Rasa semakin dekat dengan penonton di Malaysia’ - Utusan Malaysia

‘Rasa semakin dekat dengan penonton di Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kami sangat terharu kerana sambutan ini buat kami rasa semakin dekat dengan penonton di Malaysia,”

Demikian kata-kata dari pelakon Indonesia, Dion Wiyoko terharu dengan sambutan luar biasa peminat di Malaysia.

Lebih mengejutkan, ada peminat dari Malaysia yang sanggup terbang ke Jakarta semata-mata mahu menonton tayangan awal filem tersebut.

Dengan sambutan hangat yang diterima, Sheila dan Dion berharap Sore bukan sahaja mencuri hati penonton Indonesia tetapi juga terus mendapat tempat dalam kalangan penonton Malaysia.

Lebih membanggakan, Sore kini dipilih sebagai wakil rasmi Indonesia ke Anugerah Oscar. Bagi barisan produksi dan pelakon, pencalonan itu sendiri sudah menjadi satu penghormatan besar buat mereka.

“Terus terang, kami tidak pernah terfikir sejauh ini. Menjadi perwakilan saja sudah pencapaian luar biasa. Kalau menang, itu bonus, yang penting penonton menyambut karya ini dengan penuh cinta,” jelas mereka.

Walaupun sudah lapan kali bergandingan dalam pelbagai projek, pelakon filem Sore, Sheila, atau nama penuhnya Sheila Dara Aisha,33 dan Dion Wiyoko,41 akui keserasian mereka tidak pernah pudar, malah setiap karya tetap memberikan cabaran tersendiri.

“Setiap kali kami berlakon bersama, dinamik watak sentiasa berbeza sebab itu kami banyak berbincang dengan pengarah dan penulis skrip untuk memastikan emosi yang dibawa sesuai dengan visi cerita,” kata Sheila.

Fenomena Sore bukan hanya dirasai di tanah air mereka, Indonesia, tetapi kini turut menular di Malaysia. Tayangan khas di Kuala Lumpur baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa.

Sekadar info, filem Sore: Istri Dari Masa Depan sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara, mulai hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN