KUALA NERUS: Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kuala Nerus sebagai usaha jangka panjang memulihkan kawasan pantai yang terhakis serta melindungi komuniti pesisir daripada kesan hakisan yang semakin membimbangkan. Projek berimpak tinggi yang merangkumi kawasan dari Pantai Mengabang Telipot hingga ke Pantai Batu Rakit itu melibatkan kerja-kerja penambakan pantai dan pembinaan 16 unit pemecah ombak. Sehingga kini, kemajuan keseluruhan projek mencapai…










