BINTULU: Menempah bekalan dadah dari pembekal di Miri menerusi WeChat dan kemudian menggunakan perkhidmatan kiriman bas ekspres untuk menghantar dadah dari Miri ke Sibu. Itu modus operandi digunakan satu sindiket pengedaran dadah di Sibu, yang terbongkar setelah beberapa ahli sindiket digempur oleh polis pada 3 September lalu. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Saifullizan Ishak berkata sindiket yang aktif sejak pertengahan tahun lepas itu turut menjadikan rumah sebagai stor penyimpanan dan…